Friday, 14 August 2015

pitis jokoh kemaman terengganu


Salam buat peminat pitis kesultanan melayu dan terima kasih mengunjungi blog pitis kesultanan melayu. Kali ini admin ingin berkongsi mengenai penemuaian pitis jokoh kemaman terengganu oleh rakan koleksi pitis terengganu iaitu Jokoh Kemaman

Jokoh kemaman ini dibuat daripada timah dan rujukan daripada buku saran singh SS52.

Terdapat ukiran bahasa cina dan jawi

bahasa jawi terukir Ka alif ma alif ma nun yang membawa maksud Kemaman

iaitu salah satu daerah negeri Trekanu.



Di belakangnya punya terukir bahasa cina  Kong Peng  Soon Yong yang membawa maksud
Adil dan Kepercayaan ( Fair and Trust)


Berat jokoh ini adalah 6.4 gram dan mempunyai diameter 31 mm serta berlubang petak di tengah coin tersebut


pitis palembang allamah fi balad palembang dar as-salam


Tulisan oleh: Abu Muawiyah

Pitis Palembang tertulis "Alamat/allamah fi balad Palembang Dar as-salam 1162 .." ditulis dalam bahasa Arab dan selari maknanya dengan pitis sebelum ini saya kongsikan cumanya sebelum ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan tanpa tahun dan darussalam (Alamat/allamah dalam negeri Palembang)
Selain itu, pitis ini memiliki keunikan tersendiri kerana ditulis bacaan ke dalam, tidak seperti kebanyakan pitis Melayu lain (berlubang tengah) bacaan tulisannya diluar.. Saya juga berpandangan istilah yang tepat digunakan adalah "Allamah" kerana ia bermaksud satu gelaran atau panggilan untuk orang-orang alim (berilmu) - boleh dibincangkan pada lain waktu..
Kemungkinan rakan-rakan juga memiliki pitis ini, namun terlintas pandang untuk melihatnya secara terperinci. Tambahan pula pitis Palembang mudah untuk ditemui sekarang dan harganya murah.. meskipun pitis Palembang tidak memiliki harga, namun seni yang terdapat padanya jauh memiliki "harga" berbanding pitis-pitis lain.. wallahu a'lam..




pertunjuk tahun kpd pitis allamah fi balad palembang tahun1162H bersamaan 1749 M di zaman pemerintahan sultan Badaruddin 1.. ada sedikit fakta tentang latar peribadi sultan ini..

" Sultan Badaruddin I adalah sosok pemimpin yang berwawasan luas dan aga
mis. Sultan pernah menulis kitab berjudul Tahqidul Yakin. Selain itu, Sultan Badaruddin I juga seorang petualang di mana ia pernah menyinggahi Makassar, Johor, Kelantan, Kedah, Siam, Timur Tengah, dan lain sebagainya (Badaruddin, 2008:27)

Sebab tu saya rasakan beliau layak digelar "Allamah" kerana menonjol dalam keilmuan berbanding sultan2 palembang lain.

pitis keton johor sultan aladdin khalifatul mukminin

Baru tahu rupanya memang ada laqab 'Aladdin (على الدين) dalam kesultanan Islam iaitu Khalifah Mu'tamid 256H (Kerajaan Abbasiyyah).. 
Bagi matawang Melayu laqab ini boleh ditemukan pada ketun Johor tertulis "Sultan 'Aladdin Khalifatul Mukminin"
*Koleksi Raja Kamarazaman
* Kitab al-Alqab al-Islamiyyah fi tarikh wa watha'iq wa athar m/s 405 (1989)

Alauddin ejaan cmni علاء الدين, Aladdin ejaan camni على الدين.. kedua2 ejaan ni memang wujud dlm sejarah kesultanan Islam luar.. yg tak wujud علاو الدين dan على والدين dlm sejarah kesultanan luar, tp ada dlm kesultanan kita.. barangkali dieja mengikut lidah melayu wktu tu atau mgkin silap dlm menulis

kredit :Abu Muawiyah