Sunday, 23 November 2014

kajian mengenai pitis timah pahang

Kajian Mengenai Pitis Timah Pahang 

Ulasan oleh

Hadra Maut dan Matt Al Adil


Berdasarkan buku "The encyclopaedia of the coins of Malaysia, Singapore, and Brunei, 1400-1986 oleh Saran Singh"  tiada catatan mengenai Pitis Timah Pahang direkodkan didalam buku tersebut hanya yang ada adalah matawang tampang dan jokoh sahaja. Hal ini menimbul persoalan  dan menarik minat beberapa individu untuk mengkaji terutamanya kolektor dari Pahang untuk membuktikan bahawa dahulunya Negeri Pahang juga menggunakan pitis timah seperti yang terdapat  di Negeri yang lain  contohnya pitis timah Johor, Trengganu, Kelantan dan lain-lain. Lihat pitis trengganu terdapat beberapa keluaran pitis timah dikeluarkan oleh Kerajaan Trengganu (sila rujuk blog  http://pitisterengganu.blogspot.com). Untuk membuktikan dahulunya terdapat pitis timah Pahang dengan membuat bacaan journal, buku-buku sejarah lama dan mencari pitis tersebut dikawasan yang dahulu tempat pemerintahan awal Kerajaan Pahang.

Beberapa penemuian awal membuktikan kewujudan Pitis Timah Pahang oleh Tuan Hafiz Nawawi dengan terjumpainya pitis timah ini disekitar sungai Pahang iaitu dikenalpasti sebagai kawasan pemerintahan awal Kerajaan Pahang. Berikut adalah ulasan, analisa dan lakaran pitis timah Pahang daripada En Hadra Maut. Enam keping lakaran Pitis Timah Pahang yang digambarkan oleh En Hadra Maut adalah seperti dibawah


Sampel 1
Hadapan: Muzaffar Shah
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 5 keping
Sampel 2
Hadapan: Sultan Ala (wa)
Belakang : al-Din Shah
Jumlah ditemukan : 4 keping
Sampel 3
Hadapan: Mahmud Khalifat al-Mukminin
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 2 keping
Kredit: Hadra Maut, Hafiz Nawawi

Sampel 4
Hadapan: Mahmud Shah
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 1 keping
Sampel 5
Hadapan: Sultan Alauddin Shah
Belakang : ...........(Sultan?) Alauddin Shah
Jumlah ditemukan : 1 keping
Sampel 6
Hadapan: Sultan........... (?)
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 1 keping


Credit: Hadra Maut, Hafiz Nawawi

Penemuaian awal pitis timah ini telah melakarkan sejarah Pitis Kesultanan Melayu terutamanya Negeri Pahang dan patut diktiraf oleh badan-badan tertentu. Badan-badan tertentu diharap berusaha untuk mengkaji sejarah matawang/ pitis kerana ini juga merupakan salah satu cara untuk mengetahui sejarah silam mengenai sesuatu Kerajaan. Contohnya, jika terdapat cetakan nama Sultan , kita dapat membuat andaikan bahawa Sultan mana yang memerintah dahulu dikawasan tersebut. Ada juga pitis yang dicetak dengan tahun pemerintahan dan ini membuktikan lagi tahun bila pitis tersebut digunapakai. 

Semoga usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengkaji pitis timah Pahang ini semoga berjaya. 


Jika ada sebarang tambahan atau pendapat boleh email saya di pitisterengganu@gmail.com 








Keunikan pitis timah 1 Sen Trengganu

Pitis Timah Trengganu 1 sen, 1 sen kecemasan , 1/2 sen dan 1/4 sen 

Oleh 

Matt Al Adil


Pitis Timah Trengganu 1 sen, 1/2 sen dan 1/4 sen dicetak pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, manakala pitis 1/2 sen kecemasan (diamond) dicetak pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pitis tersebut adalah unik berbanding pitis timah negeri lain atau pitis timah trengganu yang lain. Ianya dicetak pada tahun 1907-1920, lebih kurang seratus tahun dahulu. Bak kata perpatah Melayu, keunikan wanita terletak pada lesung pipinya.  Pitis Timah Trengganu 1 sen, 1 sen kecemasan , 1/2 sen dan 1/4 sen ini, keunikannya adalah terletak pada permukaan sisi duit tersebut iaitu terdapat security milled edge (ME) " ciri keselamatan bergigi".



Kredit: Zakaria Abu Bakar


Mengapa pitis tersebut ada security milled edge (ME) ?

Melalui catatan buku sejarah Trengganu, pitis ini dicetak dengan ciri keselamatan kerana pada masa dahulu terdapat cetakan pitis palsu oleh penduduk tempatan. Dahulu duit timah di Trengganu mempunyai nilai yang besar iaitu 400 keping pitis timah bersamaan 300 keping duit settlement british ( 4 keping pitis timah= 3 keping pitih merah). Oleh kerana nilai adalah besar, penduduk tempatan mengambil kesempatan untuk mencetak duit palsu untuk menukar dengan pitis settlement british. Sebagai untuk mengatasi masalah ini, pemerintah masa itu menambah baik pitis tersebut dengan ciri keselamatan bergigi (ME). 




Ciri keselamatan bergigi ini adalah pengaruh daripada duit settlement british dan masih digunakan pada masa kini untuk penghasilan duit.

Jika ada segala pertanyaan boleh hubungi kami di pitisterengganu@gmail.com


Petina semulajadi pada pitis timah kesultanan dan ciri-cirinya

Petina semulajadi pada pitis timah kesultanan dan ciri-cirinya

Oleh 

Alam Tunggal NurPutih
12 November 2014

Di nusantara, kerajaan terdahulu telah menggunapakai logam timah dan plumbum bagi pengeluaran matawang. Walaupun Timah dan Plumbum adalah material logam yg berbeza, ia sering digunakan kerana asbab karekter logam yg hampir serupa dan suhu cairan yang rendah. Kedua2 jenis logam ini juga banyak kedapatan dalam bentuk bijih dinegara ini dan negara2 sekelilingnya dan aktiviti perlombogan adalah sumber ekonomi bagi kerajaan terdahulu. Logam Plumbum lebih berat dan tumpat dari logam timah.

Penghasilan petina semulajadi pada coin2 timah kesultanan melayu bergantung kepada keadaan dimana ia tersimpan lama (dormant). Petina akan lebih menebal apabila environment keliling matawang ini tinggi dgn sumber berasid / beralkali, lembapan yang tinggi dan bersuhu panas. Kebanyakan jumpaan matawang timah didalam tanah akan lebih tebal petinanya berbanding matawang yg dijaga rapi atau disimpan turun temurun. Temuan di kawasan yang terdedah dgn sumber acid dan alkali mendorong pembentukan petina yang tebal seperti tanah/lumpur berbelerang, air masin laut dsb (refer cookies tin coin foto). Dalam keadaan extreme, petina ini akan juga bergabung dengan tanah1 sekeliling membentuk lapisan yg sangat tebal. Cubaan untuk melihat logam didalam lapisan tebal ini telah dibuat dan hasilnya - Matawang damaged beyond repair - logamnya rapuh dah berwarna hitam/kelabu gelap.

Kredit: Alam Tunggal NurPutih

Dalam keadaan environment yg sama, Timah (tin/Sn) adalah lebih immune / lambat untuk teroksida berbanding Plumbum (Pb). Didalam keadaan terkawal (lab); bagi cairan timah dan cairan plumbum, apabila logam mengeras dan sejuk, timah akan kekal cerah dan berkilat , manakala logam plumbum akan mula bertukar warna kusam kebiruan pada permukaannya akibat teroksida dari udara sekeliling.
Bagi matawang kesultanan, kadar campuran antara Timah dan Plumbum agak berbeza2. Ada yang lebih plumbumnya, dan ada yang lebih pula timahnya, dan ada juga logam2 lain (zink, besi, tembaga etc) yang tercampur sekali mengakibatkan tiada konsistancy dalam pembentukan lapisan petina pada jumpaan (dalam tanah) dari lokasi yang sama.

Berikut adalah ciri-ciri petina asli pada matawang timah kesultanan melayu

1) Lapisan oksida ( petina) ini secara naturalnya melindungi logam didalamnya dari terhakis dan rosak. Ini dibuktikan dgn ujian guris pada kertas putih (quick test). Bagi matawang yang berpetina matang, malah ada yang petina hanya lapisan micron sahaja, goresan pada kertas putih tidak akan meninggalkan kesan hitam. Penggunaan petina buatan (palsu) tidakkan memberi hasil yang sama ( more this on next posting)
Note - Kebanyakan kolektor menggunakan ujian guris ini bagi membuktikan samada material adalah Lead atau Tin. Akan tetapi hasil penyelidikan saya, objective ujian ini adalah amat tersasar jauh kerana bagi logam timah atau Plumbum, (tampa lapisan petina); kedua2nya akan menghasilkan line hitam. hanya ujian XRF lab sahaja yg dapat menentukan kandungan material sebenar dalam satu2 matawang.


2) Petina yg terjadi secara semulajadi mengambil masa yg lama untuk membentuk dan menebal (bergantung pada situasi dimana ia dormant). Petina asli yang terbentuk amat sukar untuk dibuang atau tanggal melainkan dengan penggunaan kaedah yang boleh merosakan coin tersebut. Bagi petina buatan, ia amat mudah tertanggal/hilang hanya dengan penggunaan cecair hakisan yang nipis (light) malah rendaman minyak zaiton sahaja sudah memadai- more discussion on next posting.

3) Bagi matawang yang baru sahaja diselamatkan dari tertanam lama dalam tanah, walau selepas ia dibersihkan, dalam sebulan dua, jika tidak diminyakkan, akan wujud kesan2 debu hitam penandaan process pereputan bermula. situasi ini dapat dipulihkan dengan perlindungan dari minyak leenseed dan kaedah pemuliharaan yang lain. Bagi Petina buatan - perkara ini tidaj akan berlaku.

Wallahuallam

Kisah menarik sebalik Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan


Terjemaah daripada buku bertajuk:

“Remarks upon Certain Currency Notes, Coins and Tokens Kinanating from Malaya During and After the War” mukasurat 132-133 By Sir John A. S. Bucknill, M.A.

Diterjamah
oleh


Matt Al Adil


Pendahuluan

Duit pitis timah di Trengganu telah lama digunakan sebagai matawang dan digunakan sebagai urusniaga hairian untuk membeli barang-barang keperluan. Pada tahun 1920, penghasilan duit pitis timah baru yang dikenali sebagai Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan telah dicetak iaitu pada zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pitis ini adalah berbeza dengan cetakan yang terdahulu iaitu Pitis Timah 1 Sen Trengganu. Berikut adalah gambar Pitis Timah 1 Sen Trengganu ( Kredit kepada Matt Skupang atas ehsan gambar)

Obv Pitis Timah 1 Sen Trengganu
Rev Pitis Timah 1 Sen Trengganu


Berikut adalah gambar (Kredit ehsan gambar daripada abam Faidzil) dan ciri-ciri Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan:



Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan-
Bahan yang digunakan adalah Timah 
Diameter 28.8 mm; milled edge


Obv : Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan (restrike)

Obv:    Bentuk Diamond  ditengah; didalamnya terdapat no satu 1 dan kiri kananya terdapat 2 bintang   bucu enam; dikelilingi oleh bulatan bulat kecil dan ditepinya  terdapat 2 lingkaran bunga padi.

Rev: Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan (restrike)

Rev: Dalam bulatan bulat kecil tengah terdapat tulisan jawi bercetak “Kerajaan Trengganu Sanah 1325” dan diluarnya didalam bulatan besar terdapat singakatan abjad huruf “S. Z. A” iaitu singkatan nama Sultan Zainal Abidin  dan  setiap singkatan abjad tersebut di pisah dengan bintang bucu enam.



Ada kisah yang menarik mengenai Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan  ini yang anda perlu ketahui dan mengapa ianya dicetak dan seakan sama dengan Pitis Timah 1 Sen Trengganu:

Pertama

1.  Sultan Zainal Abidin III mangkat pada tahun 1918 dan diturun takhta oleh anakandanya pada tahun 1920, selepas beberapa bulan sebagai Sultan, baginda kemudian turun takhta kepada adindanya  pula. Ketika ini Kerajaan Trengganu telah memiliki matawang paling sedikit kerana masanya adalah singkat disebabkan oleh peralihan tahkta kemangkatan Sultan Trengganu. Pada masa ini telah wujud matawang silver dan copper daripada Strait Settlements dan merupakan matawang penduduk tempatan untuk urusniaga hairian. Oleh hal demikian cetakan pitis timah baru diperlukan pada masa itu, tetapi disebabkan kesuntukan masa untuk menempah tempaan "Die" baru di Eropah, Die Pitis Timah 1 Sen Trengganu lama digunakan dengan melakukan sedikit modifikasi sebelah Die Obv. dan dikenali sebagai Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan. Maksud kecemasan disini adalah tidak sempat buat tempaan "Die" baru.


Kedua
2. Sedikit modifikasi pada tempaan "Die" Pitis 1 Sen Trengganu lama pada sebelah Obv iaitu dengan penambahan bentuk diamond dan didalamnya terdapat huruf 1 dan dikelilingi 2 bintang bucu enam baru. Tahun hijrah 1325 dan singkatan nama “S.Z.A” pada tempaan "Die" tersebut dikekalkan walaupun baginda Sultan Zainal Abidin telah mangkat pada tahun 1918.

Ketiga

3.  Alasan utama kenapa dan mengapa cetakan Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan perlu dicetakan segera pada masa itu adalah kerana nilai matawang timah pada ketika itu adalah tinggi dengan matawang Strait Settlements iaitu 400 pitis timah 1 Sen Trengganu bersamaan 300 pitis copper Strait Settlements.


Keempat
4. Pitis timah baru 1 Sen Trengganu Kecemasan dicetakan oleh Syarikat Peleburan Bijih Timah Di Singapura iaitu syarikat Strait Trading Coy Ltd. Syarikat ini menyatakan bahawa cetakan Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan ini adalah sukar disebabkan menggunakan tempaan "Die" yang lama yang telah lama serta usang dan dimodifikasi. Selain itu alat yang digunakan untuk menggunting kepingan timah juga tumpul dan menyebabkan Pitis  Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan yang dihasilkan dalam keadaan tidak cantik dan juga tulisan yang tidak jelas walaupun dibuat banyak kali.



Kelima
5.  Sebanyak 10 ribu Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan telah dihasilkan dibawah arahan perintah High Commissioner pada ketika itu.


Jika ada sebarang komen atau ingin menjemput kami untuk pameran mengenai Pitis Kesultanan Terengganu boleh email kami pitisterengganu@gmail.com