Sunday, 23 November 2014

Kisah menarik sebalik Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan


Terjemaah daripada buku bertajuk:

“Remarks upon Certain Currency Notes, Coins and Tokens Kinanating from Malaya During and After the War” mukasurat 132-133 By Sir John A. S. Bucknill, M.A.

Diterjamah
oleh


Matt Al Adil


Pendahuluan

Duit pitis timah di Trengganu telah lama digunakan sebagai matawang dan digunakan sebagai urusniaga hairian untuk membeli barang-barang keperluan. Pada tahun 1920, penghasilan duit pitis timah baru yang dikenali sebagai Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan telah dicetak iaitu pada zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pitis ini adalah berbeza dengan cetakan yang terdahulu iaitu Pitis Timah 1 Sen Trengganu. Berikut adalah gambar Pitis Timah 1 Sen Trengganu ( Kredit kepada Matt Skupang atas ehsan gambar)

Obv Pitis Timah 1 Sen Trengganu
Rev Pitis Timah 1 Sen Trengganu


Berikut adalah gambar (Kredit ehsan gambar daripada abam Faidzil) dan ciri-ciri Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan:



Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan-
Bahan yang digunakan adalah Timah 
Diameter 28.8 mm; milled edge


Obv : Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan (restrike)

Obv:    Bentuk Diamond  ditengah; didalamnya terdapat no satu 1 dan kiri kananya terdapat 2 bintang   bucu enam; dikelilingi oleh bulatan bulat kecil dan ditepinya  terdapat 2 lingkaran bunga padi.

Rev: Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan (restrike)

Rev: Dalam bulatan bulat kecil tengah terdapat tulisan jawi bercetak “Kerajaan Trengganu Sanah 1325” dan diluarnya didalam bulatan besar terdapat singakatan abjad huruf “S. Z. A” iaitu singkatan nama Sultan Zainal Abidin  dan  setiap singkatan abjad tersebut di pisah dengan bintang bucu enam.



Ada kisah yang menarik mengenai Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan  ini yang anda perlu ketahui dan mengapa ianya dicetak dan seakan sama dengan Pitis Timah 1 Sen Trengganu:

Pertama

1.  Sultan Zainal Abidin III mangkat pada tahun 1918 dan diturun takhta oleh anakandanya pada tahun 1920, selepas beberapa bulan sebagai Sultan, baginda kemudian turun takhta kepada adindanya  pula. Ketika ini Kerajaan Trengganu telah memiliki matawang paling sedikit kerana masanya adalah singkat disebabkan oleh peralihan tahkta kemangkatan Sultan Trengganu. Pada masa ini telah wujud matawang silver dan copper daripada Strait Settlements dan merupakan matawang penduduk tempatan untuk urusniaga hairian. Oleh hal demikian cetakan pitis timah baru diperlukan pada masa itu, tetapi disebabkan kesuntukan masa untuk menempah tempaan "Die" baru di Eropah, Die Pitis Timah 1 Sen Trengganu lama digunakan dengan melakukan sedikit modifikasi sebelah Die Obv. dan dikenali sebagai Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan. Maksud kecemasan disini adalah tidak sempat buat tempaan "Die" baru.


Kedua
2. Sedikit modifikasi pada tempaan "Die" Pitis 1 Sen Trengganu lama pada sebelah Obv iaitu dengan penambahan bentuk diamond dan didalamnya terdapat huruf 1 dan dikelilingi 2 bintang bucu enam baru. Tahun hijrah 1325 dan singkatan nama “S.Z.A” pada tempaan "Die" tersebut dikekalkan walaupun baginda Sultan Zainal Abidin telah mangkat pada tahun 1918.

Ketiga

3.  Alasan utama kenapa dan mengapa cetakan Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan perlu dicetakan segera pada masa itu adalah kerana nilai matawang timah pada ketika itu adalah tinggi dengan matawang Strait Settlements iaitu 400 pitis timah 1 Sen Trengganu bersamaan 300 pitis copper Strait Settlements.


Keempat
4. Pitis timah baru 1 Sen Trengganu Kecemasan dicetakan oleh Syarikat Peleburan Bijih Timah Di Singapura iaitu syarikat Strait Trading Coy Ltd. Syarikat ini menyatakan bahawa cetakan Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan ini adalah sukar disebabkan menggunakan tempaan "Die" yang lama yang telah lama serta usang dan dimodifikasi. Selain itu alat yang digunakan untuk menggunting kepingan timah juga tumpul dan menyebabkan Pitis  Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan yang dihasilkan dalam keadaan tidak cantik dan juga tulisan yang tidak jelas walaupun dibuat banyak kali.



Kelima
5.  Sebanyak 10 ribu Pitis Timah 1 Sen Trengganu Kecemasan telah dihasilkan dibawah arahan perintah High Commissioner pada ketika itu.


Jika ada sebarang komen atau ingin menjemput kami untuk pameran mengenai Pitis Kesultanan Terengganu boleh email kami pitisterengganu@gmail.com



No comments:

Post a Comment