Kajian Mengenai Pitis Timah Pahang
Ulasan oleh
Hadra Maut dan Matt Al Adil
Berdasarkan buku "The encyclopaedia of the coins of Malaysia, Singapore, and Brunei, 1400-1986 oleh Saran Singh" tiada catatan mengenai Pitis Timah Pahang direkodkan didalam buku tersebut hanya yang ada adalah matawang tampang dan jokoh sahaja. Hal ini menimbul persoalan dan menarik minat beberapa individu untuk mengkaji terutamanya kolektor dari Pahang untuk membuktikan bahawa dahulunya Negeri Pahang juga menggunakan pitis timah seperti yang terdapat di Negeri yang lain contohnya pitis timah Johor, Trengganu, Kelantan dan lain-lain. Lihat pitis trengganu terdapat beberapa keluaran pitis timah dikeluarkan oleh Kerajaan Trengganu (sila rujuk blog http://pitisterengganu.blogspot.com). Untuk membuktikan dahulunya terdapat pitis timah Pahang dengan membuat bacaan journal, buku-buku sejarah lama dan mencari pitis tersebut dikawasan yang dahulu tempat pemerintahan awal Kerajaan Pahang.
Beberapa penemuian awal membuktikan kewujudan Pitis Timah Pahang oleh Tuan Hafiz Nawawi dengan terjumpainya pitis timah ini disekitar sungai Pahang iaitu dikenalpasti sebagai kawasan pemerintahan awal Kerajaan Pahang. Berikut adalah ulasan, analisa dan lakaran pitis timah Pahang daripada En Hadra Maut. Enam keping lakaran Pitis Timah Pahang yang digambarkan oleh En Hadra Maut adalah seperti dibawah
Sampel 1
Hadapan: Muzaffar Shah
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 5 keping
Hadapan: Muzaffar Shah
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 5 keping
Sampel 2
Hadapan: Sultan Ala (wa)
Belakang : al-Din Shah
Jumlah ditemukan : 4 keping
Hadapan: Sultan Ala (wa)
Belakang : al-Din Shah
Jumlah ditemukan : 4 keping
Sampel 3
Hadapan: Mahmud Khalifat al-Mukminin
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 2 keping
Hadapan: Mahmud Khalifat al-Mukminin
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 2 keping
![]() |
| Kredit: Hadra Maut, Hafiz Nawawi |
Sampel 4
Hadapan: Mahmud Shah
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 1 keping
Hadapan: Mahmud Shah
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 1 keping
Sampel 5
Hadapan: Sultan Alauddin Shah
Belakang : ...........(Sultan?) Alauddin Shah
Jumlah ditemukan : 1 keping
Hadapan: Sultan Alauddin Shah
Belakang : ...........(Sultan?) Alauddin Shah
Jumlah ditemukan : 1 keping
Sampel 6
Hadapan: Sultan........... (?)
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 1 keping
Hadapan: Sultan........... (?)
Belakang : al-Sultan al-Adil
Jumlah ditemukan : 1 keping
![]() |
| Credit: Hadra Maut, Hafiz Nawawi |
Penemuaian awal pitis timah ini telah melakarkan sejarah Pitis Kesultanan Melayu terutamanya Negeri Pahang dan patut diktiraf oleh badan-badan tertentu. Badan-badan tertentu diharap berusaha untuk mengkaji sejarah matawang/ pitis kerana ini juga merupakan salah satu cara untuk mengetahui sejarah silam mengenai sesuatu Kerajaan. Contohnya, jika terdapat cetakan nama Sultan , kita dapat membuat andaikan bahawa Sultan mana yang memerintah dahulu dikawasan tersebut. Ada juga pitis yang dicetak dengan tahun pemerintahan dan ini membuktikan lagi tahun bila pitis tersebut digunapakai.
Semoga usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengkaji pitis timah Pahang ini semoga berjaya.
Jika ada sebarang tambahan atau pendapat boleh email saya di pitisterengganu@gmail.com


No comments:
Post a Comment