Pitis Timah Trengganu 1 sen, 1 sen kecemasan , 1/2 sen dan 1/4 sen
Oleh
Matt Al Adil
Pitis Timah Trengganu 1 sen, 1/2 sen dan 1/4 sen dicetak pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, manakala pitis 1/2 sen kecemasan (diamond) dicetak pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pitis tersebut adalah unik berbanding pitis timah negeri lain atau pitis timah trengganu yang lain. Ianya dicetak pada tahun 1907-1920, lebih kurang seratus tahun dahulu. Bak kata perpatah Melayu, keunikan wanita terletak pada lesung pipinya. Pitis Timah Trengganu 1 sen, 1 sen kecemasan , 1/2 sen dan 1/4 sen ini, keunikannya adalah terletak pada permukaan sisi duit tersebut iaitu terdapat security milled edge (ME) " ciri keselamatan bergigi".
![]() |
| Kredit: Zakaria Abu Bakar |
Mengapa pitis tersebut ada security milled edge (ME) ?
Melalui catatan buku sejarah Trengganu, pitis ini dicetak dengan ciri keselamatan kerana pada masa dahulu terdapat cetakan pitis palsu oleh penduduk tempatan. Dahulu duit timah di Trengganu mempunyai nilai yang besar iaitu 400 keping pitis timah bersamaan 300 keping duit settlement british ( 4 keping pitis timah= 3 keping pitih merah). Oleh kerana nilai adalah besar, penduduk tempatan mengambil kesempatan untuk mencetak duit palsu untuk menukar dengan pitis settlement british. Sebagai untuk mengatasi masalah ini, pemerintah masa itu menambah baik pitis tersebut dengan ciri keselamatan bergigi (ME).
Ciri keselamatan bergigi ini adalah pengaruh daripada duit settlement british dan masih digunakan pada masa kini untuk penghasilan duit.
Jika ada segala pertanyaan boleh hubungi kami di pitisterengganu@gmail.com


No comments:
Post a Comment